Wednesday, November 18, 2009

gatal edit

Saja-saja xdak keja..gatal plak tangan edit2 gamba..

Thursday, November 12, 2009

MUHAMMAD..


Genap umur Muhammad bin Khairil Nazim 1 bulan..

Dah makin montel..

Semoga menjadi anak soleh dan peribadi mulia seindah namamu..

Amin.

Sunday, September 6, 2009

FLORIA 09

Wanita ibarat bunga..sebab tu la wanita suka bunga..kan? hehehe

Tuesday, July 21, 2009

Ya Allah,
ampunkanlah dosa-dosa kami,
dosa kedua ibu bapa kami,
dosa guru-guru kami..

Sesungguhnya,
kami adalah manusia biasa,
ibu bapa dan guru-guru juga adalah manusia,
walaupun seorang pemerintah negara juga seorang manusia..
bersifat pelupa,
tidak terlepas dari sifat-sifat seorang manusia,
marah, dendam, segala macam rupa dan gaya..

bila marah xingat dunia,
xingat Sang Pencipta,
xingat diri ini hanya seorang hamba..

Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah

Thursday, June 18, 2009

Harta Dunia

Setiap putaran roda dikira dosa pahala..

Saturday, June 6, 2009

6.6.09 .:.sHOPping


Ari ni dating ngan zdah. p UPM ngan moto,n dari UPM p ngan keta zdah. kami p EKANO CENTRE (IKEA) n THE CURVE..

Memula nampak birdpark. Tengok burung2 yang berwarna-warni..Then, masuk IKEA, pusing2, last2 xbeli pa pa pon..Pas tu, p makan kat restoran dalam IKEA tu..meatball n fries + kek daim n almond. Erk..Alhamdulillah..

Lajak p The Curve..Jalan2, masuk kedai, keluar kedai..akhirnya...terpandang 1 kedai tu..nama kedai tu pon dh membuatkan kami ingin melaburkan wang nan seciput kat kedai tu..masuk je kedai tu, belek sana, belek sini..amek sana, amek sini..tup2, sampai kat kaunter, bleh tahan gak la jumlahnyer..huhu

Balik dari UPM, singgah pasar malam..sambil jalan, mata dok tenung ja barang2 kat ctu..walaupon ari dah makin gelap, tapi mata masih terang dok tengok benda2 yang bekenan di hati.."duit ada lagi, barang pon murah, apa salahnya aku beli..buat tambah koleksi.." bisik ati ni..maka, aku pon TERbelanjalah kat ctu jugak..

Seharian berjalan2 memang penat, tapi enjoy..ramai giler orang klua shopping ari ni..maklum la, cuti umum..Tapi, yang menariknya, aku peratikan ramai sungguh ibu2 mengandung berjalan bersama2 kluarga mereka..hurm,mungkinkah ari ni adalah ari shopping bagi ibu2 mengandung?? hehe

Friday, June 5, 2009

balik kampung..

Minggu lopeh, den ikut family den blk kg. Lamo dah x balik kampung. Ziarah acik mo maklang. Banyak gak yang borubah kek kampung den. Tapi satu yo yang maintain..jalan nak masuk ko umah atuk den tu still camtu yo. Xdo porubahan. Apo pun, kampung den totap ijau..







p/s: aku skrg ni tgh blaja cakap nogori..maklum la, pensyarah DPLI ni kebanyakkannya orang nogori..



Friday, May 22, 2009

Play Time..!

Today's lesson for subject Pengurusan Ko-Kurikulum diadakan di Metro Point, Kajang. Kehadiran adalah WAJIB! Setiap org plak PERLU main bowling. Yang perlu dikira bukan stakat jatuhan pin, malah juga KELAJUAN bola bowling tu bergolek. Here are some pictures during the tournament being held.

Sunday, May 17, 2009

16 MEI - SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik di Malaysia..

Aku penah jadi guru n akan jadi guru..hehe..tahun ni break kejap dari jadi guru.. just jadi pelajar yang masih belajar bagaimana untuk menjadi guru yang berkualiti.

Aku masih ingat lagi first time orang wish kat aku 'Selamat Hari Guru' pada 16 Mei 2001. haha..i was 16 in tat year..Klakar pulak bila diingat kembali..orang tu penah jd sahabat aku satu tika dulu..masa tu dia di perantauan, n dia nak tau sket2 pasai subjek form 4, sebab dia nk balik jugak amek spm kat malaysia. aku pon habaq la hat mana2 yg aku paham n blajaq kat skolah. kami b'hubung melalui chat n emel. bila dia wish aku Slamat Hari Guru, aku rasa t'haru plak. Bagi aku, aku sekadar tlg sahabat je.Tak rasa plak yg aku ni mengajar sahabat.heh..masa kat universiti plak, aku masih x terpikir pon nk jd cikgu. N dia plak slalu kata yg dia dapat rasa aku jd cikgu..hurm, mungkin jugak berkat doa dia, aku bergelar guru jugak akhirnya.thanx,buddy.

Pagi tadi aku trima panggilan dari mak. Wah, awal2 lagi mak dah wish Slamat Hari Guru kat aku. hehe..malu plak rasanya mak yg wish dulu..then aku pon wish kat mak, kat ayah, n kat ayem..rasa best plak femli aku ni..ayah aku penah jadi sir zaman dia muda2 dulu n cikgu pemulihan..mak aku plak, maintain cikgu jer jd cikgu dr stat dia ngaja smpai la pencen..mak ngan ayah sama2 jd cikgu pemulihan..ngaja budak2 slow learner. Allah yg menjodohkan mak n ayah berjumpa d kl ketika sama2 b'kursus jd cikgu pemulihan. hurm..so sweet..aku plak? heh, blom lg jumpak yg seswai..nk jugak aku ulangi sejarah mak n ayah, tp kebanyakan pelajar dpli kat ukm ni adlh suami org n kalo ada yg single pon, dh x available lg..huhu..xpa, aku percaya pd jodoh yg telah dtentukanNya..B'balik pada femli aku td..dalam adik bradik aku yang seramai 4 org plak, 2 daripadanya mengikut jejak langkah mak n ayah..ayem, skrg ni ustaz d sebuah skolah rendah kat bandar baru, n sedang mengikuti latihan j-qaf. Dan aku plak, sedang mengikuti kursus diploma lepasan ijazah d ukm ni dan bakal mula kerja sebagai guru yang ada lesen pd thn depan. Itulah kisah idup guru dlm femli aku.

Sepanjang ari ni, aku dapat 4 wish ari guru..dari Shobihah n Afnan (student aku masa d maktab mahmud langkawi), dila n ika (kengkawan aku)..however, aku xkesah sgt pon org xwish aku..cuma aku b'doa agar ilmu yang aku ajar kpd org dapat dmanfaatkan n dpt tlg aku d akhirat kelak..

Kepada semua guru yang telah mengajar aku sepanjang idup aku, aku ucapkan 'terima kasih, cikgu'..hanya Allah yang akan membalas jasa guru..amin

Wednesday, May 6, 2009

Sunday, April 26, 2009

Pesta Buku @ PWTC


Pada 23 April 2009 bersamaan ari khamis, aku bersama2 haini n dil p ke pwtc dgn tujuan utk carik buku rujukan action research. Aku bajet ari skolah mesti xbrapa ramai org p. Tambahan pulak bebudak DPLI UKM mesti ramai dah p smalam (rabu). Tapi, ramalanku salah belaka. Sampai je kat PWTC tu, ramai gler bdk2 skolah. tu xt'masuk lg bdk2 kolej or univ. n org awam. Then, kteorg pon trus menuju ke tingkat atas sbb dah tau tpt mana yg ada jual buku tu. Carik punya carik, alhamdulilah, dapat gak. Hurm, bila dh dapat buku tu, mula la kaki ni gatai nk p tpt lain. Tangan plak gatai je belek buku-buku..hurm, dah lama aku xbeli novel..smentara duit tgh ada ni, beli p la sebijik 2 pon buku2 hat dok ada kat cni..smua pon ada diskaun apa..elok gak beli waktu ni..Stgh ari p pesta buku n jln2 kat kay hell, ni la bahan bacaan yg aku perolehi..


1. 4 buah cd by harunyahya -dah lama aku tringin nk bli cd2 ni, sejak dr matrik lg

2. 2 buah novel b.m -dh abes baca dlm masa 2 ari

3. 1 buah novel b.i-masih dlm proses baca..lmbt sket,huhu

4. 2 buah mjlh ujang - edisi yg lama punya sbb beli paper bag dia, dpt free 2 mjlh ujang

5. buku teks Biology - form 4 n form 5 -> yg ni bli kat kdai buku dpn sogo

Thursday, April 2, 2009

S>T>R>E>S>S


It such a long time i've not updated my blog..BZ(ganda 23)...rasa nak nangis, nak marah, nak gelak, suma ada..seib beik rumate aku xdak. kalo x, mesti dia jd mangsa lepas geram aku..


Ini la pengalaman blaja yg paling stress penah aku rasa..dgn microteaching la, lesson plan la, presentation la, discussion la, assignment individu la, lalalalala..haha..apapun, syukur pdNya kerana aku masih lg waras, sihat, n bertenaga (mmg la slalu bertenaga sbb bila stress, aku asyik nk mkn jerr..)


next week dah exam semester satu. notes aku still suci lagi. mampu ker aku hadapi smua ni?? Insya Allah, berkat doa keluarga n kwn2 yg slalu sebut nama aku, NAJA or NAJAH or NAJATUN, aku rasa diri aku mampu BERJAYA dan dalam keadaan yang SELAMAT..amin

Tuesday, March 17, 2009

interesting facts about banana

Bananas contain three natural sugars - sucrose, fructose and glucose combined with fiber. A banana gives an instant, sustained and substantial boost of energy.

Research has proven that just two bananas provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way a banana can help us keep fit.

It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression: According to a recent survey undertaken by MIND amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana. This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally ma k e you feel happier.

PMS: Forget the pills - eat a banana. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anemia: High in iron, bananas can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.

Blood Pressure: This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the banana industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke

Brain Power: 200 students at a Twickenham (Middlesex) school ( England ) were helped through their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

Constipation: High in fiber, including bananas in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

Hangovers: One of the quickest ways of curing a hangover is to make a banana milkshake, sweetened with honey. The banana calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.

Heartburn: Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating a banana for soothing relief.

Morning Sickness: Snacking on bananas between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

Nerves: Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous system.

Overweight and Work?
Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and chips. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

Ulcers: The banana is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach

Smoking &Tobacco Use: Bananas can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress: Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium banana snack.

Strokes: According to research in The New England Journal of Medicine, eating bananas as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%!

So, a banana really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrate, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, 'A banana a day keeps the doctor away!'

Sunday, March 15, 2009

A Mayonnaise Jar and 2 Cups of Coffee

When things in your life seem almost too much to handle, when 24 hours in a day are not enough, remember the mayonnaise jar and the 2 cups of coffee.

A professor stood before his philosophy class and had some items in front of him.

When the class began, wordlessly, he picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill it with golf balls. He then asked the students if the jar was full. They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar. He shook the jar lightly.The pebbles rolled into the open areas between the golf balls. He then asked the students again if the jar was full they agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else. He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous 'yes.'

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively filling the empty space between the sand. The students laughed.

'Now,' said the professor, as the laughter subsided, 'I want you to recognize that this jar represents your life. The golf balls are the important things-your God, family, your children, your health, your friends, and your favorite passions---- -things that if everything else was lost and only they remained, your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job or your business, your house, and your car.

The sand is everything else -- the small stuff.

If you put the sand into the jar first,' he continued, 'there is no room for the pebbles or the golf balls.The same goes for life. If you spend all your time and energy on the small stuff, you will never have room for the things that are important to you.

Pay attention to the things that are critical to your happiness. Play with your children. Take time to get medical checkups, look after your health. Take your partner out to dinner. Play another 18 holes, walk another mile or go to the gym. There will always be time to clean the house and fix the disposal.'

Take care of the golf balls first -- the things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand.'

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.

The professor smiled. 'I'm glad you asked. It just goes to show you that no matter how full your life may seem, there's always room for a couple of cups of coffee with a friend.'

Wednesday, March 11, 2009

march tenth


date: 10 march 2009

wat is so speacial bout this date?

xde pe pon sbenanya..in fact, ari ni aku lalui cem ari2 biasa gak..cuma tarikh 10 mac tu ja yg mengingatkan aku pada kehidupan dan jugak kematian..

The same date, in the year of 1985 (bleh kira brapa tua umur aku..huhu) it was the day which i was born in Kedah. Selama 9bulan 10ari (mgkin sbb tu aku lahir 10hb), mak aku mengandungkan aku, pada ari tu jugak lah aku meronta2 nk klua dr perut mak..hehe..

Sejak dari ari tu, lengkaplah family aku..parents aku ada putra n putri. Yang special nya, i am the only daughter in da family..Manja? Of course..hehe..Tapi, oleh kerana dibesarkan bersama2 3 hero atas aku, so, aku x la manja sgt..maksud aku, aku bukan la cem little princess yg apa nk, smua dpt..kengkdg, apa yg aku nk, xdapat, apa yg xnk plak, yg dpt..

Masa aku kecik2 dulu, aku slalu berangan bila dtg je besday aku, mesti aku nk banyak hadiah..sbb aku suka tgk kotak2 yg berbalut kertas warna-warni. Rasa geram je nk tau isik kat dalam.Tapi, selalunya, bila dh tau isik dalam, rasa cem xbest je..hehe dunia kanak2..

Bila makin besar, aku slalu nk org wish besday kat aku..atau dgn erti kata lain, kengkwn aku mesti ingat besday aku..sbb dulu aku suka ingat besday kwn2 terutama kwn2 skolah rendah..masa tu long term memory ni masih byk space lg, sbb tu la besday diorg aku bleh ingat..n alhamdulilah masih ingat smpai sekarang. Kwn2 skolah menengah, matrik n uni. pon aku ingat gak, cuma kdg2 ingat kwn2 yg rapat je la..Walaupon aku xwish kat diorang, xbererti aku lupa besday diorang..ucapan besday tu aku ucap melalui doa kpd Allah..

Tahun ni, ntah kenapa, aku cem xkesah samada kwn2 aku ingat or x besday aku..walaupon xramai yg wish, aku xkecik ati pon..May b sbb dah MATANG dr segi umur kot..Apa yg penting, aku tau family aku setia wish kat aku..n aku dah xkesah nk dpt adiah2..Aku cuma harapkan doa daripada insan2 yg aku sayang, yg sayang aku n yang ingat aku..Lagipon aku teringat kata2 ayah.."kta kna slalu beringat pada besday kita..jgn terlalu seronok..mungkin hari lahir kita juga adalah hari kematian kita..mcm Rasulullah yg wafat pd tanggal 12 rabiulawal.."

Ucapan n doa fevret utk besday aku kali ni adalah.."smoga panjang umur,murah rezki, n CEPAT KAWEN" huhu..Insya Allah, berkat doa dr smua(aku pon sentiasa berdoa), moga Allah percepatkan aku jumpak jodoh aku..ahaks!

Buat famili..ayah, mak, along, angah, azhem..may Allah bless our famili..
Buat kawan2 yg wish aku kali ni..zul,dila,umai,dd,kema,bullah,zidah,lina,nura..mucho gracias!
Buat student2 aku yg ingat gak kat teacher depa ni..bday,amirul rizdzuan,fairul n naemah..t-cer t'haru gitu!
n lastly buat insan yg jd org terakhir wish besday kat aku..thanx atas ucapan yg pjg berjela..itulah ucapan paling panjang penah aku dengar..thn depan wish pjg2 lg eh! haha
p/s: besday aku dlm kalender islam plak jatuh pd 18 jamadilakhir..wat's yours?

Tuesday, March 10, 2009

12 rabiulawal

Today is ten march.. Yesterday was nine march...hehe
ada apa pada tarikh2 itu ya..??

Smalam, seperti yg smua sedia maklum, merupakan cuti umum bg seluruh Malaysia sempena Maulidurrasul (12 rabiulawal)..mcm2 program tlh diadakan sempena hari tersebut.

aku..? dok kat bilik,ngadap laptop jer..mencari-cari maksud sebenar sambutan maulidurrasul..

aku ada baca dlm an-nawawi.blogspot.com. Banyak gak input yg aku peroleh dr situ. Maklum la, aku ni kurang b'pengetahuan sket bab2 agama. Nama ja skolah agama 5thn, tp xmantop mana pon..hehe

aku tertarik dgn entry post dlm blog tu yg b'tajuk "Mencintai Nabi Bukan Dengan Cara Menyambut Maulid Nabi". Hujah & pendapat berserta dalil2 yg dikemukakan amat bagus sekali. Ada kebenarannya. Pada pendapat aku, mencintai Rasul bukan bererti kta mengingati maulid Nabi sama seperti sambut besday seseorang. Apa yg lebih penting adalah memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam seperti mana yg Baginda dh ajar kat kta melalui sunnahnya.

Dalam pada tu, aku jugak x kata sambutan Maulid tu xbagus. Jika pandang dr sudut positif, sambutan seperti itu dapat mendidik anak2 supaya lebih mengenali Pesuruh Allah. Ye la, selama ni diorang lebih kenal artis2 hiburan atau tokoh2 pemimpin barat je, tp xkenal tokoh pembawa syiar Islam tu.. Hurm, dari sudut lein plak, pd ari ni la org rmai b'lumba2 b'selawat..tmbh pahala..

Itulah kita..bila ada specific hari dalam kalender Islam, baru kita teringat yang kita ni Islam. Tapi kalo ari2 biasa, ntah2 xingat pon tarikh kalender Islam..kan?

Tuntas kata, pesanan kepada diri n sahabat2, sentiasa ingat Allah, b'syukur dgn nikmat Islam, n latih diri mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. wallahu a'lam

Sunday, March 8, 2009

Rahmat Allah di Taman Sinar Harapan KKB

4 Mac 2009 –Aku telah diberi kesempatan olehNya untuk melihat kehidupan orang lain yang aku rasakan cukup berbeza dari diri aku. Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Baru, menempatkan seramai 205 org penghuni a.k.a.pelatih yang kurang upaya dari segi fizikal dan mental. Di sini lah tempat mereka tumpang berteduh di bumi Allah selain dapat menjalani kehidupan yang lain dari manusia normal.

At the first time aku smpai sana bersama rombongan DPLI kump.1, kami disambut oleh En Megat. Sesudah subuh kami sampai,hehehe..Tujuannya adalah untuk membantu para pelatih mandi, pakai baju, pampers, n also breakfast. Kami dibahagikan kepada 4 kump. Kumpulan aku kena p asrama wanita dewasa(sori, xingat plak nama pa asrama tu). Sesampainya aku n da geng kat asrama tu, kami disapa mesra oleh sorang aunty yg dh siap mandi n sdg breakfast dok atas wheelchair. “kakak, kakak..hai..” itulah yang slalu diucapkan oleh diorg tatkala nmpk kami ramai2 dtg ke blok diorg.

Masa tu aku dapat lihat ada warga pelatih yg sedang mandi, n ada yg dah pakai baju n ada yg tgh breakfast. So, kteorg pon tlg la pelatih2 yg kurang upaya ni untuk siapkan diri. Pakai baju, pakai pampers,pakai seluar,potong kuku, n breakfast. Pagi tu menu diorang adalah mee goreng n milo. Berselera sungguh diorang mkn. Masa makan, aku cuba beramah mesra dgn mereka. Soalan yg senang2 je aku tanya,contohnya nama, umur, n asal. Namun begitu, xsmua yang aku tanya diorg bleh jwb. Rata2 mereka memberi respon yang lain dr soalan. Terasa insafnya aku apabila berhadapan dgn mereka. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui tentang nasib hidup mereka ini.

Aku bekenalan ngan sorang pelatih ni. Nama dia Ita. Dia sempurna fizikal, namun kurang dari segi mental. Pada aku, dia ada keistimewaan dia sendiri. Dia pandai makeup,kira cantik la jugak sbb dia bleh buat sendiri. Memula tu Ita respon jugak bila aku tanya pasal femli dia, tp kejap je, dia trus tuka topik n mintak singgit kat aku. Ita cakap dia nk beli keropok. Aku try psiko dia. Aku kata makanan kat sini semuanya disediakan n sedap2 plak tu. Pastu, Ita tuka topic lg, dia kata nk beli nasi lemak kuah rendang n ayam. Sedap. Tp, harga nasi tu 3ringgit, Ita cuma ada 2ringgit, so dia perlukan singgit lg. aku suh dia tunjukkan bukti yg dia ada 2ringgit. Terbukti dia memang ada 2ringgit. Huh, sudahnya,cemana aku nk auta Ita ni..Aku pon ckp la yg aku xbwk duit (hakikatnya aku bwk duit,tp duit merah la,xkan nk bg kat dia kot). Then, aku tinggalkan Ita sbb kteorg disuruh bekumpul utk sarapan n sesi taklimat.

Masa sesi taklimat oleh Pengetua, Encik Saiful Nizam, aku dpt byk input yg sblm ni aku xpnh tau pon. TSH (Tmn Sinar Harapan) di M’sia ni ada 7 buah. TSH d KKB ni tempat utk PENJAGAAN DAN PERLINDUNGAN sahaja, tp kat TSH lain ada jugak latihan yg dberikan pd pelatih. Di sini, kemudahan yg di sediakan kurang sempurna. Kebanyakan pelatih adalah mereka yg kurang upaya dan slalunya ditinggalkan keluarga. Namun begitu, ada juga persatuan dan org perseorgn yg sudi m’hulurkn bantuan dr segi kewangan n sokongan moral. Sepanjang kami kat TSH, Hj Shamsuri yg byk tunjuk ajar n bantu kami. He helped us a lot n aku byk blaja dr dia. Antaranya, sifat pelatih yg kurang upaya ni WILLING TO HELP EACH OTHER..hurm, sesuatu yg sukar dilakukan oleh org normal.

Lepas je sesi taklimat, kami dipecahkan kpd 3 kump pula. 1 kump masuk bilik muzik, 1 kump masuk bilik terapi, n 1 lg masuk bilik snoezelen. Group aku masuk d bilik snoezelen.



Bilik ni cem ala2 disko. Tujuan diadakan bilik ni adalah utk para pelatih relax. Smbil dgr lagu yg slow, ditemani oleh lampu2 yg suram,n air-cond yg dingin, mmg best utk tdoq. Masa tu, ada 5org pelatih (Adam, Haikal, Imran, Tasya n sorang lg xingat nmnya) yg berada dlm bilik tu utk sesi latihan ditemani oleh sorang pegawai Pn Lim. Selain dr relax, bilik ni gak b’fungsi utk pelatih belajar respon kpd stimulus(cahaya2 lampu yg sering tuka2 warna). Peluang b’sembang dgn Pn Lim yg dh lama keja kat situ, byk pengalaman yg dikongsi ttg para pelatih istimewa ni yg bg aku xbleh dpt kat mana2. Begitu mulianya tugas mereka yg bekerja kat sini.

Sesi ptg plak, kami dtugaskan utk mengecat 4 buah pangkin. Walaupon panas terik, dtmbh ngan pakai tshirt hitam yg serap haba tu, kami relakan diri ngecat pangkin tu smpai abes. Alhamdulilah..smoga usaha kami yg seberapa ni dberkati olehNya.

Antara kenalan2 pelatih yg aku kenal dlm masa yg singkat tu adalah Fikri (kenyang halwa telinga dgr lagu2 dia nyanyi),pelukis kaya (walopon xdpt tgk dia lukis,tp kekayaan dia t’serlah ngan electronic wheelchair n handphone dia), Syafiq (allycats TSH,tp xb’peluang dgr dia nyanyi), En Haha (xtau la apa nama dia,tp suara dia mmg power giler r,satu TSH tu bleh dgr dia sebut HAHA je), n Ping Ping. Ping Ping ni lain sikit. Berbual dgn dia kdg2 membuatkan kta rasa malu dgn dia. Aku ingat lagi antara kata2 dia, “kita blajar ni xkira umur,” n “slagi ada peluang, kita ambik je”..

Sblm kami pulang, Ping Ping nyanyikn lagu tema TSHKKB. Liriknya amat menyentuh ati. Antaranya adalah..

Ni part awal,
Taman Sinar Harapan
Kuala Kubu Bharu,
Pusat jagaan bagi kami semua,
Yang menghadapi kecacatan..

Yg ni plak part last..
Buat ayah dan ibu,
Kami sentiasa merinduimu,
Jasamu melahirkan kami,
Moga Tuhan memberkatimu.



Kesimpulannya, walaupon penat badan, tapi experience yg diperolehi tu menjadi kenangan yang amat bermakna dlm diri aku..aku belajar menghargai hidup n lebih b’syukur sebagai manusia normal yg sihat fizikal n akal..nikmat yg xboleh dibeli dgn wang ringgit..
More info bout snoezelen : http://en.wikipedia.org/wiki/Snoezelen

Tuesday, March 3, 2009

my cutie pet: CiK T

cute,isn't it?
enjoy play and feed it

Monday, March 2, 2009

PERMATApintar@UKM


Assalamualaikum

Pagi tadi telah diadakan Majlis Pelancaran PERMATApintar anjuran UKM dengan usahasama Fakulti Pendidikan UKM(banggenye jd 'rakyat' FPEND) dan Centre for Talented Youth, Johns Hopkins University. Majlis ini telah dirasmikan oleh Datin Seri Rosmah Mansor di Bilik Senat, UKM.

Program PERMATApintar ini adalah sebuah program pendidikan untuk pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat di Malaysia. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar pintar menjalani program perkhemahan cuti sekolah yang akan dianjurkan oleh pihak UKM terhad kepada 300 orang pelajar yang terpilih. Pelajar yang terpilih adalah dari mereka yang berumur 9-15 tahun, melepasi 3 fasa ujian saringan.

Pada pelancaran pagi tadi, para pelajar dari 4 buah sekolah (SM St.John, SAS,SDAR dan SK Puteri) telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis dan menjalani ujian saringan peringkat pertama.

Sebagai 'rakyat' FPEND yang setia, aku telah ditugaskan untuk mengawasi makmal komputer 5 bersama Haini. Pelajar sekolah yang menduduki ujian di makmal tersebut adalah dari Sekolah Alam Shah,Putrajaya. Daripada pemerhatian aku secara rambang, diorang ni memang nampak cem bijak. Tapi, itu tak bererti diorang tu 'gifted person'(bijak secara natural). Mungkin diorang bijak sebab usaha yang kuat untuk belajar. Selama 1 jam 30min ujian dijalankan, macam2 gelagat yang aku dapat tengok. Ada yang cocentrate jer ngan ujian tu, ada yang main pusing2 kerusi, ada yang makan sambil jawab soalan, ada yang berbual2, n ada gak yang pressure tengok soalan2 tu. Sian diorang..Tengok la gelagat bebudak ni. Bila aku amek gamba je, smuanya 'posing' khusyuk..hehe

Lepas je abes ujian tu, maka berakhirlah ujian saringan pertama n aku pun slesai la tanggungjawab mengawasi makmal tersebut.Kepada para pelajar di seluruh Malaysia yang berminat menjalani ujian saringan 1, sila layari www.permatapintar.com.my Semoga Malaysia akan dapat melahirkan ramai golongan cerdik pintar dan berbakat bukan sahaja dari segi intelektual, bahkan emosi dan rohani.Amin. THE END


Friday, February 27, 2009

love AND ego


Once upon a time, there was an island where all the feelings lived together such as LOVE, FUNNY, HAPPY, SAD, JELOUSY, PROUD and EGO.

One day, there was a storm in the sea and the island was about to get drowned. Every feeling was scared, but LOVE made a boat to escape all of them from the island. Then, every feeling boarded the boat. However, only one feeling left. LOVE got down to see who it was..it was EGO..

LOVE tried to save EGO and wanted to bring him along in the boat. LOVE tried and tried but EGO wasn't moving and stood still there. At the same time, the water was rising and the wave became wild.

Everyone asked LOVE to leave EGO and got in the boat, but LOVE was made to love. At last, all the feelings escaped and LOVE died with EGO on the island..LOVE died because of EGO..


.:.Moral of the story : KILL EGO and SAVE LOVE

Tuesday, February 24, 2009

a new life begin..

ari ni dalam sejarah..aku berjaya set up blog aku sendrik..umpama mimpi dalam mimpi..hehehe

in order to complete my assignment (tEknOinO), aku merelakan jari-jari kecil ini mengetuk-ngetuk papan kekunci ini..

to all people out there, ucaptama aku pada kali ni..'saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan..'