Assalamualaikum
Pagi tadi telah diadakan Majlis Pelancaran PERMATApintar anjuran UKM dengan usahasama Fakulti Pendidikan UKM(banggenye jd 'rakyat' FPEND) dan Centre for Talented Youth, Johns Hopkins University. Majlis ini telah dirasmikan oleh Datin Seri Rosmah Mansor di Bilik Senat, UKM.
Program PERMATApintar ini adalah sebuah program pendidikan untuk pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat di Malaysia. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar pintar menjalani program perkhemahan cuti sekolah yang akan dianjurkan oleh pihak UKM terhad kepada 300 orang pelajar yang terpilih. Pelajar yang terpilih adalah dari mereka yang berumur 9-15 tahun, melepasi 3 fasa ujian saringan.
Pada pelancaran pagi tadi, para pelajar dari 4 buah sekolah (SM St.John, SAS,SDAR dan SK Puteri) telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis dan menjalani ujian saringan peringkat pertama.
Sebagai 'rakyat' FPEND yang setia, aku telah ditugaskan untuk mengawasi makmal komputer 5 bersama Haini. Pelajar sekolah yang menduduki ujian di makmal tersebut adalah dari Sekolah Alam Shah,Putrajaya. Daripada pemerhatian aku secara rambang, diorang ni memang nampak cem bijak. Tapi, itu tak bererti diorang tu 'gifted person'(bijak secara natural). Mungkin diorang bijak sebab usaha yang kuat untuk belajar. Selama 1 jam 30min ujian dijalankan, macam2 gelagat yang aku dapat tengok. Ada yang cocentrate jer ngan ujian tu, ada yang main pusing2 kerusi, ada yang makan sambil jawab soalan, ada yang berbual2, n ada gak yang pressure tengok soalan2 tu. Sian diorang..Tengok la gelagat bebudak ni. Bila aku amek gamba je, smuanya 'posing' khusyuk..hehe
Lepas je abes ujian tu, maka berakhirlah ujian saringan pertama n aku pun slesai la tanggungjawab mengawasi makmal tersebut.Kepada para pelajar di seluruh Malaysia yang berminat menjalani ujian saringan 1, sila layari www.permatapintar.com.my Semoga Malaysia akan dapat melahirkan ramai golongan cerdik pintar dan berbakat bukan sahaja dari segi intelektual, bahkan emosi dan rohani.Amin. THE END
No comments:
Post a Comment