At the first time aku smpai sana bersama rombongan DPLI kump.1, kami disambut oleh En Megat. Sesudah subuh kami sampai,hehehe..Tujuannya adalah untuk membantu para pelatih mandi, pakai baju, pampers, n also breakfast. Kami dibahagikan kepada 4 kump. Kumpulan aku kena p asrama wanita dewasa(sori, xingat plak nama pa asrama tu). Sesampainya aku n da geng kat asrama tu, kami disapa mesra oleh sorang aunty yg dh siap mandi n sdg breakfast dok atas wheelchair. “kakak, kakak..hai..” itulah yang slalu diucapkan oleh diorg tatkala nmpk kami ramai2 dtg ke blok diorg.
Masa tu aku dapat lihat ada warga pelatih yg sedang mandi, n ada yg dah pakai baju n ada yg tgh breakfast. So, kteorg pon tlg la pelatih2 yg kurang upaya ni untuk siapkan diri. Pakai baju, pakai pampers,pakai seluar,potong kuku, n breakfast. Pagi tu menu diorang adalah mee goreng n milo. Berselera sungguh diorang mkn. Masa makan, aku cuba beramah mesra dgn mereka. Soalan yg senang2 je aku tanya,contohnya nama, umur, n asal. Namun begitu, xsmua yang aku tanya diorg bleh jwb. Rata2 mereka memberi respon yang lain dr soalan. Terasa insafnya aku apabila berhadapan dgn mereka. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui tentang nasib hidup mereka ini.
Aku bekenalan ngan sorang pelatih ni. Nama dia Ita. Dia sempurna fizikal, namun kurang dari segi mental. Pada aku, dia ada keistimewaan dia sendiri. Dia pandai makeup,kira cantik la jugak sbb dia bleh buat sendiri. Memula tu Ita respon jugak bila aku tanya pasal femli dia, tp kejap je, dia trus tuka topik n mintak singgit kat aku. Ita cakap dia nk beli keropok. Aku try psiko dia. Aku kata makanan kat sini semuanya disediakan n sedap2 plak tu. Pastu, Ita tuka topic lg, dia kata nk beli nasi lemak kuah rendang n ayam. Sedap. Tp, harga nasi tu 3ringgit, Ita cuma ada 2ringgit, so dia perlukan singgit lg. aku suh dia tunjukkan bukti yg dia ada 2ringgit. Terbukti dia memang ada 2ringgit. Huh, sudahnya,cemana aku nk auta Ita ni..Aku pon ckp la yg aku xbwk duit (hakikatnya aku bwk duit,tp duit merah la,xkan nk bg kat dia kot). Then, aku tinggalkan Ita sbb kteorg disuruh bekumpul utk sarapan n sesi taklimat.
Masa sesi taklimat oleh Pengetua, Encik Saiful Nizam, aku dpt byk input yg sblm ni aku xpnh tau pon. TSH (Tmn Sinar Harapan) di M’sia ni ada 7 buah. TSH d KKB ni tempat utk PENJAGAAN DAN PERLINDUNGAN sahaja, tp kat TSH lain ada jugak latihan yg dberikan pd pelatih. Di sini, kemudahan yg di sediakan kurang sempurna. Kebanyakan pelatih adalah mereka yg kurang upaya dan slalunya ditinggalkan keluarga. Namun begitu, ada juga persatuan dan org perseorgn yg sudi m’hulurkn bantuan dr segi kewangan n sokongan moral. Sepanjang kami kat TSH, Hj Shamsuri yg byk tunjuk ajar n bantu kami. He helped us a lot n aku byk blaja dr dia. Antaranya, sifat pelatih yg kurang upaya ni WILLING TO HELP EACH OTHER..hurm, sesuatu yg sukar dilakukan oleh org normal.
Lepas je sesi taklimat, kami dipecahkan kpd 3 kump pula. 1 kump masuk bilik muzik, 1 kump masuk bilik terapi, n 1 lg masuk bilik snoezelen. Group aku masuk d bilik snoezelen.
Bilik ni cem ala2 disko. Tujuan diadakan bilik ni adalah utk para pelatih relax. Smbil dgr lagu yg slow, ditemani oleh lampu2 yg suram,n air-cond yg dingin, mmg best utk tdoq. Masa tu, ada 5org pelatih (Adam, Haikal, Imran, Tasya n sorang lg xingat nmnya) yg berada dlm bilik tu utk sesi latihan ditemani oleh sorang pegawai Pn Lim. Selain dr relax, bilik ni gak b’fungsi utk pelatih belajar respon kpd stimulus(cahaya2 lampu yg sering tuka2 warna). Peluang b’sembang dgn Pn Lim yg dh lama keja kat situ, byk pengalaman yg dikongsi ttg para pelatih istimewa ni yg bg aku xbleh dpt kat mana2. Begitu mulianya tugas mereka yg bekerja kat sini.
Sesi ptg plak, kami dtugaskan utk mengecat 4 buah pangkin. Walaupon panas terik, dtmbh ngan pakai tshirt hitam yg serap haba tu, kami relakan diri ngecat pangkin tu smpai abes. Alhamdulilah..smoga usaha kami yg seberapa ni dberkati olehNya.
Antara kenalan2 pelatih yg aku kenal dlm masa yg singkat tu adalah Fikri (kenyang halwa telinga dgr lagu2 dia nyanyi),pelukis kaya (walopon xdpt tgk dia lukis,tp kekayaan dia t’serlah ngan electronic wheelchair n handphone dia), Syafiq (allycats TSH,tp xb’peluang dgr dia nyanyi), En Haha (xtau la apa nama dia,tp suara dia mmg power giler r,satu TSH tu bleh dgr dia sebut HAHA je), n Ping Ping. Ping Ping ni lain sikit. Berbual dgn dia kdg2 membuatkan kta rasa malu dgn dia. Aku ingat lagi antara kata2 dia, “kita blajar ni xkira umur,” n “slagi ada peluang, kita ambik je”..
Sblm kami pulang, Ping Ping nyanyikn lagu tema TSHKKB. Liriknya amat menyentuh ati. Antaranya adalah..
Ni part awal,
Taman Sinar Harapan
Kuala Kubu Bharu,
Pusat jagaan bagi kami semua,
Yang menghadapi kecacatan..
Yg ni plak part last..
Buat ayah dan ibu,
Kami sentiasa merinduimu,
Jasamu melahirkan kami,
Moga Tuhan memberkatimu.
Kesimpulannya, walaupon penat badan, tapi experience yg diperolehi tu menjadi kenangan yang amat bermakna dlm diri aku..aku belajar menghargai hidup n lebih b’syukur sebagai manusia normal yg sihat fizikal n akal..nikmat yg xboleh dibeli dgn wang ringgit..
More info bout snoezelen : http://en.wikipedia.org/wiki/Snoezelen
No comments:
Post a Comment