Today is ten march.. Yesterday was nine march...hehe
ada apa pada tarikh2 itu ya..??
Smalam, seperti yg smua sedia maklum, merupakan cuti umum bg seluruh Malaysia sempena Maulidurrasul (12 rabiulawal)..mcm2 program tlh diadakan sempena hari tersebut.
aku..? dok kat bilik,ngadap laptop jer..mencari-cari maksud sebenar sambutan maulidurrasul..
aku ada baca dlm an-nawawi.blogspot.com. Banyak gak input yg aku peroleh dr situ. Maklum la, aku ni kurang b'pengetahuan sket bab2 agama. Nama ja skolah agama 5thn, tp xmantop mana pon..hehe
aku tertarik dgn entry post dlm blog tu yg b'tajuk "Mencintai Nabi Bukan Dengan Cara Menyambut Maulid Nabi". Hujah & pendapat berserta dalil2 yg dikemukakan amat bagus sekali. Ada kebenarannya. Pada pendapat aku, mencintai Rasul bukan bererti kta mengingati maulid Nabi sama seperti sambut besday seseorang. Apa yg lebih penting adalah memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam seperti mana yg Baginda dh ajar kat kta melalui sunnahnya.
Dalam pada tu, aku jugak x kata sambutan Maulid tu xbagus. Jika pandang dr sudut positif, sambutan seperti itu dapat mendidik anak2 supaya lebih mengenali Pesuruh Allah. Ye la, selama ni diorang lebih kenal artis2 hiburan atau tokoh2 pemimpin barat je, tp xkenal tokoh pembawa syiar Islam tu.. Hurm, dari sudut lein plak, pd ari ni la org rmai b'lumba2 b'selawat..tmbh pahala..
Itulah kita..bila ada specific hari dalam kalender Islam, baru kita teringat yang kita ni Islam. Tapi kalo ari2 biasa, ntah2 xingat pon tarikh kalender Islam..kan?
Tuntas kata, pesanan kepada diri n sahabat2, sentiasa ingat Allah, b'syukur dgn nikmat Islam, n latih diri mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. wallahu a'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment